Thursday, March 9, 2017

Profail Abd Muttalib Samad - Perunding / pengerak STORM-NTP

Abd Muttalib Samad merupakan pengerak bersama  NTP Tecnology Consultancy iaitu syarikat perunding yang bertanggungjawab membangun dan melaksana modul latihan keusahawanan berasaskan  Teknologi Pengurusan Perniagaan (Business Technology Management).  Beliau juga merupakan Pengajar Keusahawanan bagi Kelab Mahasiswa Usahawan UniKL dan Persatuan Mahasiswa Keusahawanan UTM Kuala Lumpur.
Beliau mendapat pendidikan Perakaunan di Universiti Teknologi MARA, Diploma In Business And Management, Institute Teknologi Tun Abdul Razak  kemudian melanjutkan pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau pernah menghadiri Kursus Pengurusan dan Pentadbiran di Kyoto, Japan.
Kerjaya beliau bermula dengan Firma Perunding Percukaian selama setahun sebelum menyertai Institut Kemahiran Belia Negara, Skudai, Johor sebagai Pegawai Pembangunan Usahawan selama 6 tahun. Beliau pernah menjadi tenaga pengajar dan fasilitator utama untuk Kursus Membina dan Melahir Usahawan, Jabatan Belia dan Sukan peringkat Negeri Johor. Kini beliau bertugas di UTM di bidang kewangan dan terlibat secara langsung dengan program kualiti seperti ISO, 5S, ICC, SPP dan OSHE sebagai fasilitator dan Jawatankuasa Perlaksana.
Tanggungjawab beliau dalam NTP Tecnology Consultancy sebagai pembangunan usahawan adalah rakan strategik kepada Perundingan dan Pembangunan Usahawan STORM-NTP (Startegik Tranformasi Minda Usahawan Mikro) dengan memperkenalkan modul keusahawanan alaf baru berasaskan Pengurusan Teknologi Perniagaan serta menyediakan alatbantu melalui modul cerdik kewangan [Financial Inteligence].

Abd Muttalib Samad boleh dihubungi di info.ntptech@gmail.com