Saturday, January 21, 2017

Prihal Mohd Shaarani bin Yusof

Mohd Shaarani bin Yusof merupakan pengerak yang  bertanggungjawab membangun, melatih dan melaksana modul latihan keusahawanan berasaskan  pemasaran internet secara bersepadu.
Beliau memiliki kepakaran dalam bidang khidmat pelanggan dan pembangunan perniagaan secara digital dengan pengkhususan dalam  Perancangan Strategik, Pengurusan Projek , Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pemasaran.
Kerjaya profesional beliau bermula dengan PRO SPENCER SDN BHD selama  2 tahun sebagai Eksekutif Pemasaran bertanggungjawab kepada pembangunan perniagaan, jualan dan pemasaran internet sebelum menyertai AL RIZQ SOLUTIONS SDN BHD selam 1 tahun iaitu sebuah agensi pemasaran digital yang menyediakan perkhidmatan komunikasi berkesan secara menyeluruh meliputi  di atas talian dan  platform media sosial. Sebagai Pengurus Jualan, beliau bertanggungjawab membimbing pelanggan mengenai pembangunan proses kempen pemasaran, mengekalkan hubungan pelanggan dan mengurus jangkaan pelanggan melalui kempen yang dilaksanakan. Beliau sangat berkemahiran membuat analisa pasaran dan membantu membangun strategi pengiklanan untuk mencapai matlamat perniagaan ke atas produk dan servis mereka.
Tanggungjawab beliau yang terkini adalah memberi tumpuan kepada Perundingan dan Pembangunan Usahawan STORM-NTP (Strategik Tranformasi Minda Usahawan Mikro) dengan memperkenalkan modul keusahawanan alaf baru (Technopreneur). Beliau juga memberi perkhidmatan berasaskan Pengurusan Teknologi Perniagaan serta menyediakan alatbantu pemasaran digital melalui Business Marketing Automation.

Beliau boleh dihubungi di info.ntp@gmail.com

0 comments :

Post a Comment