Saturday, January 21, 2017
Prihal Mohd Shaarani bin Yusof
Mohd Shaarani bin Yusof merupakan
pengerak yang bertanggungjawab membangun,
melatih dan melaksana modul latihan keusahawanan berasaskan pemasaran internet secara bersepadu.
Beliau memiliki kepakaran dalam bidang khidmat
pelanggan dan pembangunan perniagaan secara digital dengan pengkhususan dalam Perancangan Strategik, Pengurusan Projek , Perhubungan
Pelanggan dan Komunikasi Pemasaran.
Kerjaya profesional beliau bermula dengan PRO
SPENCER SDN BHD selama 2 tahun sebagai Eksekutif
Pemasaran bertanggungjawab kepada pembangunan perniagaan, jualan dan pemasaran internet
sebelum menyertai AL RIZQ SOLUTIONS SDN BHD selam 1 tahun iaitu sebuah agensi
pemasaran digital yang menyediakan perkhidmatan komunikasi berkesan secara
menyeluruh meliputi di atas talian dan platform media sosial. Sebagai Pengurus
Jualan, beliau bertanggungjawab membimbing pelanggan mengenai pembangunan
proses kempen pemasaran, mengekalkan hubungan pelanggan dan mengurus jangkaan
pelanggan melalui kempen yang dilaksanakan. Beliau sangat berkemahiran membuat
analisa pasaran dan membantu membangun strategi pengiklanan untuk mencapai matlamat
perniagaan ke atas produk dan servis mereka.
Tanggungjawab beliau yang terkini adalah
memberi tumpuan kepada Perundingan dan Pembangunan Usahawan STORM-NTP (Strategik
Tranformasi Minda Usahawan Mikro) dengan memperkenalkan modul keusahawanan alaf
baru (Technopreneur). Beliau juga memberi perkhidmatan berasaskan Pengurusan
Teknologi Perniagaan serta menyediakan alatbantu pemasaran digital melalui Business Marketing Automation.
Beliau
boleh dihubungi di info.ntp@gmail.com
Wednesday, January 11, 2017
PERANTI PEMBAYARAN
NTP Technology Consultancy menawarkan perkhidmatan pemprosesan bayaran untuk membantu jualan
perniagaan anda sama ada berada dalam premis, internet atau di jalan raya (food
truck), NTP Technology Consultancy mempunyai penyelesaian mengikut keperluan pembayaran anda.
Meningkatkan fleksibiliti anda dengan menerima pembayaran kad debit dan kad
kredit di mana sahaja pada bila-bila masa melalui peranti kami yang memiliki
keselamatan atas maklumat kewangan anda. NTP Technology Consultancy berdedikasi membantu perniagaan anda untuk memaksimumkan kutipan
jualan melalui usahasama dengan semua pembekal perkhidmatan pembayaran utama di
Malaysia.
AUTOMASI PROSES PERNIAGAAN (BUSINESS PROCESS AUTOMATION)
NTP Technology Consultancy menawarkan produk bagi Proses Perniagaan Automasi (BPA) untuk
membolehkan aktiviti atau perkhidmatan dilaksanakan mengikut satu aliran kerja tertentu
dalam perniagaan anda untuk pelbagai aktiviti termasuk jualan, pengurusan,
operasi, rantaian bekalan, sumber manusia dan teknologi maklumat. NTP Technology Consultancy mempunyai
penyelesaian teknologi mengikut kesesuaian untuk perniagaan meningkatkan
produktiviti.
LATIHAN
Program latihan
NTP Technology Consultancy berorientasikan latihan amali, percambahan minda dan
sedia guna (ready to use). Kita berkongsi kepakaran dan pengalaman untuk
membina kecekapan dan keberkesanan. Perniagaan memerlukan speed
(kelajuan) melalui penyelesaian yang real time (any time & any where).
Seminar, kursus dan ceramah kami memfokuskan kepada simulasi penyelesaian amali
dan membiasakan anda atau staf anda dengan Program Pembangunan Teknologi
Perniagaan Bersepadu yang real time.
PERUNDINGAN
Perkhidmatan utama NTP
Technology Consultancy termasuk perundingan integrasi sistem, pembangunan
aplikasi sokongan ERP, penyelenggaraan maklumat dan data bagi Sistem Pengurusan
Teknologi Perniagaan Bersepadu.
Melalui Pasukan Perunding yang
terlatih; NTP Technology Consultancy mendorong perniagaan IKS ke tahap
selanjutnya. Budaya dan
semangat ‘KAIZEN’ (Penambahbaikan berterusan) mestilah diterapkan dalam semua usahawan.
“Berani untuk berubah” walaupun sukar, ini adalah tanggungjawab bagi setiap
usahawan yang ingin berjaya. Usahawan mesti berfikir di luar kotak untuk berjaya
dengan melaksanakan penambaikan berterusan.
SISTEM PENGURUSAN TEKNOLOGI PERNIAGAAN BERSEPADU
Dengan menawarkan
sistem perniagaan yang lengkap, NTP Technology Consultancy membimbing
usahawan secara berterusan supaya bersedia untuk bersaing dan berjaya dalam
perniagaan. Pakej bersepadu ini mendorong perniagaan IKS supaya tersusun dengan
sistem operasi yang cekap (effisien) dan berkesan (efektif).
En. Rozahairy bin Abdul Razak - Pengasas bersama / pengerak STORM-NTP
Rozahairy Bin Abdul Razak merupakan
pengasas bersama NTP Tecnology Consultancy iaitu syarikat perunding yang
bertanggungjawab membangun dan melaksana modul latihan keusahawanan
berasaskan Teknologi Pengurusan Perniagaan
(Business Technology Management). Beliau juga merupakan pengasas Niroz Gentro
Sdn Bhd and Niroz Gentro Enterprise. (Nirozcomm Affiliate).
Beliau mendapat pendidikan Accountancy, ITM (UiTM), Business Studies, Binary University. Professional
Qualification dari Oracle University, Certified Financial System (Banking), SAP,
Certified SAP Business One ERP (Enterprise Resource Planning). Kerjaya
beliau bermula dengan perbankan bermula - Assistant Manager, Consumer Recovery
Centre, RHB Bank Berhad, Account Manager ERP, Encoral Digital Solutions Sdn Bhd
(Financial System Consultant) dan Business Development Director, Koperasi
Usahawan Produk Muslim, Selangor Berhad (KOPRUM Bhd)
Tanggungjawab beliau yang terkini adalah
memberi tumpuan kepada Perundingan dan Pembangunan Usahawan STORM-NTP (Startegik
Tranformasi Minda Usahawan Mikro) dengan memperkenalkan modul keusahawanan alaf
baru (Technopreneur) iaitu Business Process Automation (BPA). Beliau juga
memberi perkhidmatan berasaskan Pengurusan Teknologi Perniagaan serta
menyediakan alatbantu melalui Strategic
Business Alliances bersama Consultancy and Business Partnership melalui Warisan
Movers Sdn Bhd, Corporate Strategy and Business Development, APSB Sdn Bhd,
Corporate Strategy and Business Development, Encoral Digital Solutions Sdn Bhd,
Business Development (ERP & Financial Services) , Mobile Money
International Sdn Bhd, Business Development (Merchant Services) , Mobiversa Sdn
Bhd, Business Development (Merchant Services), Tracksol International Sdn Bhd,
Business Development (System Consulting) dan ManagePay Systems Berhad (Mpay),
Business Development (Merchant services).
Rozahairy Bin Abdul Razak
boleh dihubungi di info.ntptech@gmail.com.
Profail Hj Rahman Wahid - Pengasas bersama / Pengerak STORM-NTP
Hj Rahman Wahid merupakan pengasas bersama NTP
Tecnology Consultancy iaitu syarikat perunding yang bertanggungjawab
membangun dan melaksana modul latihan keusahawanan berasaskan Teknologi Pengurusan Perniagaan (Business Technology Management). Beliau juga merupakan pengasas bersama Kelab
Usahawan Negeri Selangor (KUSEL). Beliau mendapat pendidikan dari Federal
Institute of Technology, UK kemudian melanjutkan pengajian Ijazahnya
di Michigan
Technological University, USA dan pernah
menghadiri IBM Managers School, Hong
Kong pada tahun 1990. Beliau kini adalah Associate
Member of the Korean Information and Strategic Development Institute
(KISDI) Seoul semenjak dari tahun 2003.
Kerjaya profesional beliau bermula dengan
Mesiniaga Berhad dimana beliau berkhidmat selama 17 tahun sebelum menyertai Imaginia
Corporation, sebuah syarikat Oil and Gas sebagai Naib Presiden. Kemahiran Pengurusan
Teknologi Perniagaan beliau telah
digunakan dengan baik apabila beliau memulakan projek Voice Over Internet Protocol (VOIP) project di Saudi Arabia untuk
menampung keperluan Jemaah Haji Malaysia dan melaksanakan Projek Tablet
Pc for the National Smart School Project under BSNC Corporation Bhd. Hj
Rahman juga adalah pengasas Teenz Portal Services, syarikat miliknya sendiri
yang bekerjasama membangunkan Portal Pendidikan Maybank’s first Education Portal, MyZone and IMTEEN serta
bertanggungjawab dengan Program The
Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia or iTR1M untuk tempoh 2013-2014.
Tanggungjawab beliau yang terkini adalah memberi
tumpuan kepada Perundingan dan Pembangunan Usahawan STORM-NTP (Startegik
Tranformasi Monda Usahawan Mikro) dengan memperkenalkan modul keusahawanan alaf
baru (Technopreneur). Beliau juga memberi perkhidmatan berasaskan Pengurusan
Teknologi Perniagaan serta menyediakan alatbantu melalui Strategic Business Alliances bersama TWI Technology UK, ALTEL
Telecommunication Sdn Bhd, KYKO-Biz Asia, a
consultancy company specializing in Personality Profiling.
Hj Rahman Wahid boleh dihubungi di info.ntptech@gmail.com
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)