NTP the new era of business technology

A friendly environment for starting and developing businesses is central to embarking on creative and innovative leadership.

NTP Next Generation Entrepreneur

Bringing the next generation even closer in Technology business and working with technology.

NTP a good coach

The key to take your business and your team to the next level.

NTP Team Building

Team building games, exercises and activities can also enhance business projects, giving specific business outputs and organizational benefits.

NTP Training Programs

Effective Programs for Training Entrepreneur On the Use of Technology.

Thursday, March 9, 2017

Profail Abd Muttalib Samad - Perunding / pengerak STORM-NTP

Abd Muttalib Samad merupakan pengerak bersama  NTP Tecnology Consultancy iaitu syarikat perunding yang bertanggungjawab membangun dan melaksana modul latihan keusahawanan berasaskan  Teknologi Pengurusan Perniagaan (Business Technology Management).  Beliau juga merupakan Pengajar Keusahawanan bagi Kelab Mahasiswa Usahawan UniKL dan Persatuan Mahasiswa Keusahawanan UTM Kuala Lumpur.
Beliau mendapat pendidikan Perakaunan di Universiti Teknologi MARA, Diploma In Business And Management, Institute Teknologi Tun Abdul Razak  kemudian melanjutkan pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau pernah menghadiri Kursus Pengurusan dan Pentadbiran di Kyoto, Japan.
Kerjaya beliau bermula dengan Firma Perunding Percukaian selama setahun sebelum menyertai Institut Kemahiran Belia Negara, Skudai, Johor sebagai Pegawai Pembangunan Usahawan selama 6 tahun. Beliau pernah menjadi tenaga pengajar dan fasilitator utama untuk Kursus Membina dan Melahir Usahawan, Jabatan Belia dan Sukan peringkat Negeri Johor. Kini beliau bertugas di UTM di bidang kewangan dan terlibat secara langsung dengan program kualiti seperti ISO, 5S, ICC, SPP dan OSHE sebagai fasilitator dan Jawatankuasa Perlaksana.
Tanggungjawab beliau dalam NTP Tecnology Consultancy sebagai pembangunan usahawan adalah rakan strategik kepada Perundingan dan Pembangunan Usahawan STORM-NTP (Startegik Tranformasi Minda Usahawan Mikro) dengan memperkenalkan modul keusahawanan alaf baru berasaskan Pengurusan Teknologi Perniagaan serta menyediakan alatbantu melalui modul cerdik kewangan [Financial Inteligence].

Abd Muttalib Samad boleh dihubungi di info.ntptech@gmail.com

NTP-STORM [Strategik Transformasi Minda Usahawan Mikro]

NTP Technology Consultancy menawarkan Program STRATEGIK TRANSFORMASI MINDA USAHAWAN MIKRO (NTP-STORM) bertujuan memberi pendedahan kepada Usahawan seperti Persediaan dan Persiapan Minda sebagai Usahawan, peranan Media Sosial dan Automasi Permasaran, Automasikan Perakaunan dan Bisnes Proses Automasi. Program berteraskan “The Future of Works” ini akan mendedahkan bakal Usahawan Motivasi, Ilmu, Idea dan seterusnya menyemarakkan semangat dan minat dalam menceburi bidang keusahawanan alaf baru yang dapat membuka peluang kepada pembentukan usahawan berintergriti,  berpengetahuan dan berpendapatan tinggi. Usahawan akan didedahkan kepada pemikiran secara holistik dan di luar kotak yang mampu melahirkan minda yang kreatif dan inovatif. Para Usahawan juga akan mendapat saringan ‘Profiling’ serta ‘Technology Tools’ yang berinovatif seperti penjualan topup dan system pembayaran bil secara percuma. Usahawan juga akan pelajari bagaimana penggunaan Media Sosial dan Perakaunan boleh diautomasikan secara cekap dan berkesan. 

Saturday, January 21, 2017

Prihal Mohd Shaarani bin Yusof

Mohd Shaarani bin Yusof merupakan pengerak yang  bertanggungjawab membangun, melatih dan melaksana modul latihan keusahawanan berasaskan  pemasaran internet secara bersepadu.
Beliau memiliki kepakaran dalam bidang khidmat pelanggan dan pembangunan perniagaan secara digital dengan pengkhususan dalam  Perancangan Strategik, Pengurusan Projek , Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pemasaran.
Kerjaya profesional beliau bermula dengan PRO SPENCER SDN BHD selama  2 tahun sebagai Eksekutif Pemasaran bertanggungjawab kepada pembangunan perniagaan, jualan dan pemasaran internet sebelum menyertai AL RIZQ SOLUTIONS SDN BHD selam 1 tahun iaitu sebuah agensi pemasaran digital yang menyediakan perkhidmatan komunikasi berkesan secara menyeluruh meliputi  di atas talian dan  platform media sosial. Sebagai Pengurus Jualan, beliau bertanggungjawab membimbing pelanggan mengenai pembangunan proses kempen pemasaran, mengekalkan hubungan pelanggan dan mengurus jangkaan pelanggan melalui kempen yang dilaksanakan. Beliau sangat berkemahiran membuat analisa pasaran dan membantu membangun strategi pengiklanan untuk mencapai matlamat perniagaan ke atas produk dan servis mereka.
Tanggungjawab beliau yang terkini adalah memberi tumpuan kepada Perundingan dan Pembangunan Usahawan STORM-NTP (Strategik Tranformasi Minda Usahawan Mikro) dengan memperkenalkan modul keusahawanan alaf baru (Technopreneur). Beliau juga memberi perkhidmatan berasaskan Pengurusan Teknologi Perniagaan serta menyediakan alatbantu pemasaran digital melalui Business Marketing Automation.

Beliau boleh dihubungi di info.ntp@gmail.com

Wednesday, January 11, 2017

PERANTI PEMBAYARAN

NTP Technology Consultancy menawarkan perkhidmatan pemprosesan bayaran untuk membantu jualan perniagaan anda sama ada berada dalam premis, internet atau di jalan raya (food truck), NTP Technology Consultancy  mempunyai penyelesaian mengikut keperluan pembayaran anda. Meningkatkan fleksibiliti anda dengan menerima pembayaran kad debit dan kad kredit di mana sahaja pada bila-bila masa melalui peranti kami yang memiliki keselamatan atas maklumat kewangan anda. NTP Technology Consultancy berdedikasi membantu perniagaan anda untuk memaksimumkan kutipan jualan melalui usahasama dengan semua pembekal perkhidmatan pembayaran utama di Malaysia.

AUTOMASI PROSES PERNIAGAAN (BUSINESS PROCESS AUTOMATION)

NTP Technology Consultancy menawarkan produk bagi Proses Perniagaan Automasi (BPA) untuk membolehkan aktiviti atau perkhidmatan dilaksanakan mengikut satu aliran kerja tertentu dalam perniagaan anda untuk pelbagai aktiviti termasuk jualan, pengurusan, operasi, rantaian bekalan, sumber manusia dan teknologi maklumat. NTP Technology Consultancy mempunyai penyelesaian teknologi mengikut kesesuaian untuk perniagaan meningkatkan produktiviti.

LATIHAN

Program latihan NTP Technology Consultancy  berorientasikan latihan amali, percambahan minda dan sedia guna (ready to use). Kita berkongsi kepakaran dan pengalaman untuk membina kecekapan dan keberkesanan. Perniagaan memerlukan speed (kelajuan) melalui penyelesaian yang real time (any time & any where). Seminar, kursus dan ceramah kami memfokuskan kepada simulasi penyelesaian amali dan membiasakan anda atau staf anda dengan Program Pembangunan Teknologi Perniagaan Bersepadu yang real time.

PERUNDINGAN

Perkhidmatan utama NTP Technology Consultancy termasuk perundingan integrasi sistem, pembangunan aplikasi sokongan ERP, penyelenggaraan maklumat dan data bagi Sistem Pengurusan Teknologi Perniagaan Bersepadu.


Melalui Pasukan Perunding yang terlatih; NTP Technology Consultancy mendorong perniagaan IKS ke tahap selanjutnya. Budaya dan semangat ‘KAIZEN’ (Penambahbaikan berterusan) mestilah diterapkan dalam semua usahawan. “Berani untuk berubah” walaupun sukar, ini adalah tanggungjawab bagi setiap usahawan yang ingin berjaya. Usahawan mesti berfikir di luar kotak untuk berjaya dengan melaksanakan penambaikan  berterusan.