Thursday, March 9, 2017
Profail Abd Muttalib Samad - Perunding / pengerak STORM-NTP
7:32 AM
IKS
,
kawalan
,
keberkesanan
,
kecekapan
,
keusahawanan
,
kualiti
,
kursus
,
minda
,
penambahbaikan
,
Pengurusan
,
pengurusan teknologi
,
penyusunan
,
perancangan
,
perlaksanaan
,
strategik
Abd Muttalib Samad merupakan pengerak
bersama NTP Tecnology Consultancy iaitu syarikat perunding yang
bertanggungjawab membangun dan melaksana modul latihan keusahawanan
berasaskan Teknologi Pengurusan Perniagaan
(Business Technology Management). Beliau juga merupakan Pengajar Keusahawanan bagi
Kelab Mahasiswa Usahawan UniKL dan Persatuan Mahasiswa Keusahawanan UTM Kuala Lumpur.
Beliau mendapat pendidikan Perakaunan di
Universiti Teknologi MARA, Diploma In
Business And Management, Institute Teknologi Tun Abdul Razak kemudian melanjutkan pengajian Diploma dan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau
pernah menghadiri Kursus Pengurusan dan Pentadbiran di Kyoto, Japan.
Kerjaya beliau bermula dengan Firma Perunding
Percukaian selama setahun sebelum menyertai Institut Kemahiran Belia Negara,
Skudai, Johor sebagai Pegawai Pembangunan Usahawan selama 6 tahun. Beliau
pernah menjadi tenaga pengajar dan fasilitator utama untuk Kursus Membina dan
Melahir Usahawan, Jabatan Belia dan Sukan peringkat Negeri Johor. Kini beliau
bertugas di UTM di bidang kewangan dan terlibat secara langsung dengan program
kualiti seperti ISO, 5S, ICC, SPP dan OSHE sebagai fasilitator dan Jawatankuasa
Perlaksana.
Tanggungjawab beliau dalam NTP Tecnology Consultancy sebagai pembangunan usahawan
adalah rakan strategik kepada Perundingan dan Pembangunan Usahawan STORM-NTP
(Startegik Tranformasi Minda Usahawan Mikro) dengan memperkenalkan modul
keusahawanan alaf baru berasaskan Pengurusan Teknologi Perniagaan serta
menyediakan alatbantu melalui modul cerdik kewangan [Financial
Inteligence].
Abd Muttalib Samad boleh
dihubungi di info.ntptech@gmail.com
NTP-STORM [Strategik Transformasi Minda Usahawan Mikro]
7:22 AM
IKS
,
kawalan
,
keberkesanan
,
kecekapan
,
kursus
,
penambahbaikan
,
Pengurusan
,
seminar
,
strategik
,
tranformasi
,
usahawan
NTP Technology Consultancy menawarkan Program
STRATEGIK TRANSFORMASI MINDA USAHAWAN MIKRO (NTP-STORM) bertujuan memberi
pendedahan kepada Usahawan seperti Persediaan dan Persiapan Minda sebagai
Usahawan, peranan Media Sosial dan Automasi Permasaran, Automasikan Perakaunan dan Bisnes Proses Automasi. Program berteraskan “The Future of Works” ini akan mendedahkan
bakal Usahawan Motivasi, Ilmu, Idea dan seterusnya menyemarakkan semangat dan
minat dalam menceburi bidang keusahawanan alaf baru yang dapat membuka peluang
kepada pembentukan usahawan berintergriti, berpengetahuan dan berpendapatan tinggi. Usahawan
akan didedahkan kepada pemikiran secara holistik dan di luar kotak yang mampu
melahirkan minda yang kreatif dan inovatif. Para Usahawan juga akan mendapat
saringan ‘Profiling’ serta ‘Technology Tools’ yang berinovatif seperti penjualan
topup dan system pembayaran bil secara percuma. Usahawan juga akan pelajari
bagaimana penggunaan Media Sosial dan Perakaunan boleh diautomasikan secara
cekap dan berkesan.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)