Wednesday, January 11, 2017

Profail Hj Rahman Wahid - Pengasas bersama / Pengerak STORM-NTP

Hj Rahman Wahid merupakan pengasas bersama  NTP Tecnology Consultancy iaitu syarikat perunding yang bertanggungjawab membangun dan melaksana modul latihan keusahawanan berasaskan  Teknologi Pengurusan Perniagaan (Business Technology Management).  Beliau juga merupakan pengasas bersama Kelab Usahawan Negeri Selangor (KUSEL). Beliau mendapat pendidikan  dari Federal Institute of Technology, UK kemudian melanjutkan pengajian Ijazahnya di  Michigan Technological University, USA  dan pernah menghadiri IBM Managers School, Hong Kong pada tahun 1990. Beliau kini adalah  Associate Member of the Korean Information and Strategic Development Institute (KISDI) Seoul semenjak dari tahun 2003.
Kerjaya profesional beliau bermula dengan Mesiniaga Berhad dimana beliau berkhidmat selama 17 tahun sebelum menyertai Imaginia Corporation, sebuah syarikat Oil and Gas sebagai Naib Presiden. Kemahiran Pengurusan Teknologi Perniagaan  beliau telah digunakan dengan baik apabila beliau memulakan projek Voice Over Internet Protocol (VOIP) project di Saudi Arabia untuk menampung keperluan Jemaah Haji Malaysia dan melaksanakan  Projek Tablet Pc for the National Smart School Project under BSNC Corporation Bhd. Hj Rahman juga adalah pengasas Teenz Portal Services, syarikat miliknya sendiri yang bekerjasama membangunkan Portal Pendidikan Maybank’s first Education Portal, MyZone and IMTEEN serta bertanggungjawab dengan Program The Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia or iTR1M untuk tempoh 2013-2014.
Tanggungjawab beliau yang terkini adalah memberi tumpuan kepada Perundingan dan Pembangunan Usahawan STORM-NTP (Startegik Tranformasi Monda Usahawan Mikro) dengan memperkenalkan modul keusahawanan alaf baru (Technopreneur). Beliau juga memberi perkhidmatan berasaskan Pengurusan Teknologi Perniagaan serta menyediakan alatbantu melalui Strategic Business Alliances bersama TWI Technology UK, ALTEL Telecommunication Sdn Bhd, KYKO-Biz Asia, a consultancy company specializing in Personality Profiling.

Hj Rahman Wahid boleh dihubungi di info.ntptech@gmail.com

0 comments :

Post a Comment